03 Julai 2008

Karangan Ekspositoriku

Permainan Tradisional - Congkak

Terdapat pelbagai-bagai permainan tradisional yang dimain oleh zaman dahulu. Tetapi, saya mempadatkan fokus dan tumpuanku kepada suatu permainan yang saya telah lama bermain dan ianya sudah ada sejak zaman dahulu.

Beginilah cara bermain congkak dengan cara paling biasa :
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Begini cara congkak dihasil :
Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut saiz disukai yang akan bergantung dengan saiz lubang. Kayu itu dipotong dua dan hanya satu bahagian digunakan. Setelah dibahagikan, gergagi digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak digunakan untuk membuat congkak. Parang/pahat digunakan untuk melicinkan kayu. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan 'kampung' yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Ditebuk satu lubang di setiap hujung congkak itu dan ianya dinamakan 'rumah'. Pahat licin digunakan untuk melicinkan lubang itu. Setelah siap, papan itu akan diukir. Papan boleh dicatkan dengan warna-warna terang dan kini ianya sudah siap.

Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian. Kini, ramai orang masih bermain permainan itu. Saya rasa ini baik kerana ia menunjukkan yang kaum Melayu kami masih mengetahui tentang sejarah kami dan cuba mendapatinya kembali kepada zaman moden kami.

Dengan ini, saya telah banyak mengetahui tentang permainan congkak. Ianya satu permainan yang sungguh menarik, dan saya ingin sangat belajar lebih banyak tentang permainan ini.

Oleh: Wan Nurul Alwani (21)
Kelas: 1/7 (Cikgu Liyana dan Cikgu Aisyah)
Sekolah Menengah Coral

02 Julai 2008

Filem Congkak

Suatu filem bernama CONGKAK arah Pierre Andre,

Tentang Pertanding Bulan Bahasa 2008

Selamat tengahari, para pembaca. Saya telah bercadang untuk menyertai dalam pertandingan bulan bahasa 2008. Saya akan mendalami dan mempadatkan fokus saya kepada permainan tradisional congkak. Lihatlah blog ini dalam beberapa hari lagi untuk pos-pos yang baru.